Harapan.
Semua orang bercakap tentang harapan. Harapan individu. Harapan keluarga. Harapan masyarakat. Harapan, mereka yang mempunyai harapan.
Bila diajukan tentang harapan, aku menung. Gumam tetiba. Metodnya mudah, ajukan kembali soalan itu pada penyoal tadi.
"Apa pulak pandangan kau tentang harapan?"
Bukan lari dari menjawab. Mungkin perlu masa untuk struktur susun ayat.
"Tak adil tu..."
Siapa suruh bertanya :)
Kata penyoal tadi, dia pernah tak berharap langsung dalam hidup ni.
"Along, awak pernah dengar tak lagu ni?"
"Apa?"
"Aku berhenti berharap...lalala"
"Ouh..pernah" Aku senyum.
"Saya pernah berfikir begitu suatu ketika dulu. Bagi saya, hidup ni dah tak punya sebarang harapan"
"Atau kau tak mahu menyimpan harapan sebab takut tak tercapai?"
Dia senyum. Sambungnya lagi..
"Kini saya memang tak meletakkan apa-apa harapan, mungkin betul kata awak..takut tak tercapai pula nanti"
"So..??"
"Saya lebih betah menjadi pendorong untuk orang yang punya harapan. Jika mereka dapat mengecap setiap harapan, itu sudah melegakan hati saya"
"Itu lebih hebat kawan"
Dia tersenyum.
"Kejatuhan mengajar kau sesuatu"
"Iya, kejatuhan memang mengajar. Jika tidak, saya tak berfikir langsung. Bila saya jatuh, saya masih nampak yang saya masih ada harapan untuk naik kembali. Kini, saya lebih ingin orang gembira dengan harapan mereka"
Aku memandangnya. Kagum.
"Itu sifat people oriented"
"Maksud awak?"
"Melebihkan orang lain dari diri sendiri"
Dia senyum. Kami kemudian berpisah di pinggir jalan. Sama memandang langit dan dia berkata lagi.
"Saya suka tengok bintang. Saya harapkan untuk menjadi salah satu bintang yang berada di langit. Bintang tu, walau tak nampak pada waktu siang, namun ia masih ada di situ sebenarnya. Saya nak kawan saya fikir bahawa saya sentiasa ada bersama mereka walau tak kelihatan secara nyata"
Aku senyum, sama memandang langit. Bila rintik hujan mula turun, tuntas kami adalah tentang rahmat Tuhan pada 2 entiti yang sedang diberi peluang untuk berfikir
-mahallah Halimah.
No comments:
Post a Comment